Monday, January 10, 2011

You really Annoyed Me :(

Balik rumah petang tu, aku kena soal dek gara-gara aku berjalan masuk ke sekolah dengan seorang budak lelaki. Iyaa la. Ayah aku pantang tengok aku berjalan sebelah lelaki kecuali sebelah best friend aku yg lelaki tu. Sebab die sangat la dikenali oleh family kite orang. Selalu duduk lepak kat depan rumah. Geng sepermainan futsal waktu sekolah. Memang rapat sangat. Aku memang sebolehnya tak merahsiakan apa-apa daripada die termasuklah tentang "Si Annoying Boy". 
Erhemmm :) Back to the topic yerr sayang? Hehe. Balik rumah tu, "Sape tu tadi? Bukan main rapat lagi akak jalan sebelah die?" tanya ayah. Ermmm. Aku just geleng kepala sebab seriously aku tak tahu nak cakap apa. 
Pagi keesokannya, aku dihantar oleh ayah aku terus kat depan pagar sekolah. Nahhh. Memang rasa mak datin la pulak. Haha. Tapikan, si annoying boy dengan konco-konconya berada kat depan pagar tu. Dan tak semena-mena, "Hai amoi tinggi. Miss you so much !" Erkkk? You really annoyed me boy! Aku terkejut bukan kepalang dan ayah aku sudah berbunyi erheemmm kat sebelah aku waktu tu. Arghhh. Why must this happened at that time? Erghhhh :(

http://www.emocutez.com
My heart whisper something to me. But, I'M CLUELESS...
What is this???

"Hai amoi tinggi :)"

Hari yg indah untuk dimulai. Sebab sejuk sangat. Hujan bah itu :)
Aku pemalas sikit, so, memang hari macam ni hari yg paling bahagia bagi aku. Dapat tidur dengan setenangnya. Ehhh? Aduhhh ! Sekolah laa. Terlupa pulak aku. Dengan langkah yg malas, aku pun menuju ke tandas. Mandi, gosok gigi, cuci muka dan bla bla bla. Tahu-tahu jer la rutin untuk seorang pelajar. Ayah yg sangat la rajin pergi ke sekolah (sebab die seorang guru) pada tersangat la awal pagi, jadi aku pun terpaksa berpura-pura untuk rajin ke sekolah pada awal pagi. Oleh sebab ayah aku suka menghantar aku agak kejauhan dari pagar sekolah, aku terpaksa la menggagahkan kaki untuk berjalan sejauh 1 KM ke kelas. haha. Kepala kau berjambul la sampai 1 KM ke kelas. Memang berotot la badan aku selepas ni. Ermmm back to the story...
"Hai amoi tinggi :)"
http://www.emocutez.com
Ishhh ! "Apa amoi-amoi? Huhhh. I'm not amoi okay?" aku yg rasa macam diikuti oleh seorang stalker yg sangat menakutkan apabila pagi-pagi sudah berjumpa dengan si annoying boy. Erghhh ! Tersangatlah menakutkan apabila aku menoleh ke belakang, ayah aku masih memerhatikan kepergianku. Ceyyy ! Memang malang la sebab ayah aku terus mencerlungkan matanya yg sedia ada besar gedabak tu. Memang annoying boy la. Ermmm. Aku tanpa mempedulikan apa yg diperkatakannya, terus berjalan lurus sampai kawan sekelas aku yg berjalan kat sebelah pun tak dipedulikan :)


Aku masih benci Kamu !

Hari kedua aku bergelar pelajar tingkatan 4. Awal pagi lagi dah merosakkan mood aku. Aku terserempak dengan budak cina tu lagi. Erghhh. Memang merimaskan laa. Sebab awal-awal lagi dah buat aku rasa macam nak muntah hijau + muntah darah. (Erkkk? Tak sanggup aku.) Die memandai jerr duduk kat meja aku. Kali ini dengan kawan-kawan dia yg tersangat lah menakutkan. Seriously, aku takut sangat time tu. Sebab muka die orang macam nak telan orang jerr. Ermmm. Die dengan muka selamba cakap cina kat aku. Aku pun iya kan jerr la. Erghhhh ! Aku benci dengan kau la budak pelik. Ishhh awal pagi dah menyakitkan hati. Cakap bising-bising. Dah la dalam kelas aku pulak tu. Die ingat bapak die yg bayar sekolah nie ke? Opppsss. Mungkin jugak. Al-maklumlah anak orang kaya kot. At last, die orang pergi jugak sebab orentasi. Hahhh? Orentasi? Aduhhh :(
Aku dengan nasib yg tersangat la malang, melangkah masuk ke dewan. Dengan tak semena-mena, aku kena tegur cikgu kaunseling. "Hahhh ! Why you're late today? Pergi berdiri kat depan tu,"
Huhhh ! Dengan lemah longlai aku berjalan ke depan. Aku toleh ke kiri aku dan terus nampak si annoying boy tu. Erghhh. Nahas la kau ! Aku berani cakap dalam hati jerr. Takut nanti kawan die pulak melebih nak belasah aku. Tapi memang sakit hati sangat-sangat sebab die la penyebab aku datang lambat ke dewan hari ini. Kalau la aku ada magik, memang dah kena si annoying boy tu. Huhh hari ni jugak la aku mula memberi nama baru kat budak cina tu. 
"Si Annoying Boy"http://www.emocutez.com