Monday, January 10, 2011

"Hai amoi tinggi :)"

Hari yg indah untuk dimulai. Sebab sejuk sangat. Hujan bah itu :)
Aku pemalas sikit, so, memang hari macam ni hari yg paling bahagia bagi aku. Dapat tidur dengan setenangnya. Ehhh? Aduhhh ! Sekolah laa. Terlupa pulak aku. Dengan langkah yg malas, aku pun menuju ke tandas. Mandi, gosok gigi, cuci muka dan bla bla bla. Tahu-tahu jer la rutin untuk seorang pelajar. Ayah yg sangat la rajin pergi ke sekolah (sebab die seorang guru) pada tersangat la awal pagi, jadi aku pun terpaksa berpura-pura untuk rajin ke sekolah pada awal pagi. Oleh sebab ayah aku suka menghantar aku agak kejauhan dari pagar sekolah, aku terpaksa la menggagahkan kaki untuk berjalan sejauh 1 KM ke kelas. haha. Kepala kau berjambul la sampai 1 KM ke kelas. Memang berotot la badan aku selepas ni. Ermmm back to the story...
"Hai amoi tinggi :)"
http://www.emocutez.com
Ishhh ! "Apa amoi-amoi? Huhhh. I'm not amoi okay?" aku yg rasa macam diikuti oleh seorang stalker yg sangat menakutkan apabila pagi-pagi sudah berjumpa dengan si annoying boy. Erghhh ! Tersangatlah menakutkan apabila aku menoleh ke belakang, ayah aku masih memerhatikan kepergianku. Ceyyy ! Memang malang la sebab ayah aku terus mencerlungkan matanya yg sedia ada besar gedabak tu. Memang annoying boy la. Ermmm. Aku tanpa mempedulikan apa yg diperkatakannya, terus berjalan lurus sampai kawan sekelas aku yg berjalan kat sebelah pun tak dipedulikan :)


2 comments:

nur said...

kisah siapa ni dear?
ALL IN ONE

KisahKitaBerdua said...

kisah tentang seseorang :)